
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YB Dato' Dr/ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pentadbiran ini ingin mempelawa syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset alih tiga (3) buah kenderaan terpakai. Bersama-sama ini dilampirkan notis tawaran sebut harga (KEW.PA-27) untuk makluman dan tindakan hebahan YB Dato’/Tuan/Puan kepada yang berminat. 3. Sehubungan itu, kenderaan ini boleh dilawati mulai jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, 11 November 2026 (Rabu) di tempat letak kenderaan jabatan (P4). Tawaran sebut harga pelupusan kenderaan akan ditutup pada jam 12.00 tengah hari, 20 November 2026 (Jumaat) dan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-28) boleh dikemukakan ke Alamat seperti berikut: Bahagian Khidmat Pengurusan 4. Tawaran sebut harga pelupusan aset alih (KEW.PA-27) dan cetakan borang sebut harga (KEW.PA-28) boleh dicapai melalui pautan portal https://pwn.selangor.gov.my bagi kemudahan kepada Syarikat atau orang perseorangan yang berminat. Untuk keterangan lanjut pihak YB Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohd Khiry bin Abdul Wahid di talian 03-55212369. Sekian, terima kasih. | |
| 1. KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN KENDERAAN JABATAN 2. KEW.PA-27 3. KEW.PA-28 | |