PENGENALAN DATA TERBUKA KERAJAAN Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu www.data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi. Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut: Data Terbuka Kerajaan Negeri Selangor Kerajaan Negeri Selangor mengambil bahagian di dalam menyumbang data kepada Portal Data Terbuka Sektor Awam Malaysia supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pengunjung. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data disediakan oleh pelbagai jabatan negeri dan diselaraskan oleh Seksyen Data di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor seperti berikut : Seksyen Data, |
TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA KERAJAAN 1.0 Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah. 1. Penggunaan data di bawah terma ini Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj. 2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut: (i) Salin, terbit, edar dan pindah data; (ii) Adaptasi data; (iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan (iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi. 3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH: (i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data; (ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan (iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: 4. PENGECUALIAN Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap: (ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data; (iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan; (iv) Lambang diraja dan lambang tentera; (v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya; (vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan (vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad. 5. TIADA JAMINAN (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan (ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan. 6. UNDANG-UNDANG Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut. |









